SOP PELAKSANAAN KURSUS JANGKA PENDEK (PKPP)

Semua peserta diminta mengemukakan maklumat kesihatan dengan mengisi BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN PESERTA KURSUS JANGKA PENDEK ILP PASIR GUDANG di SINI dua minggu sebelum tarikh kursus dijalankan. ILP PASIR GUDANG berhak untuk tidak menawarkan kursus kepada peserta yang tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

 

PELAKSANAAN KURSUS JANGKA PENDEK (PKPP)

i. ILP PASIR GUDANG akan menyediakan satu lokasi (Pondok Pengawal) bagi tujuan pemeriksaan suhu badan setiap peserta KJP. Suhu harian peserta akan direkodkan.

ii. ILP PASIR GUDANG akan menyediakan hand sanitizer di bilik pemeriksaan.

iii. Peserta yang mempunyai bacaan suhu badan 37.5o Celsius dan ke atas tidak dibenarkan menyertai kursus dan dilarang berada di premis. Semua peserta dikehendaki menjalani saringan di klinik atau hospital berdekatan dengan segera.

iv. Peserta dingatkan untuk sentiasa mengelakkan 3S/3C iaitu tempat sesak (crowded place), tempat sempit (confined space) dan bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

v. Peserta diingatkan untuk sentiasa mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran yang lebih berkonsep peringatan seperti penjarakan sosial, elak bersalam/bersentuhan dan amalkan etika batuk dan bersin.

vi. ILP PASIR GUDANG tidak menyediakan hand sanitizer dan pelitup muka kepada peserta sepanjang kursus dilaksanakan. Setiap peserta digalakkan memakai pelitup muka (face mask) dan membawa hand sanitizer.

vii. Penyelaras program akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan peserta KJP mematuhi SOP yang ditetapkan. Teguran akan diberi kepada peserta yang tidak mematuhi SOP.

viii. Penyelaras boleh mempertimbangkan untuk menamatkan peserta daripada berkursus jika melanggar SOP walaupun setelah diberi amaran.

 

PEMANTAUAN & KAWALAN KURSUS JANGKA PENDEK (PKPP) i

i. Peserta dikehendaki memaklumkan dengan segera kepada penyelaras program atau pengajar jika mempunyai gejala demam, batuk, selsema, kesukaran bernafas dan sakit tekak ketika sedang mengikuti kursus KJP. Penyelaras program akan mengasingkan  peserta di bilik isolasi sebelum di bawa ke klinik berhampiran.

ii. ILP PASIR GUDANG akan mengarahkan peserta untuk menjalankan saringan kesihatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan dan tidak dibenarkan menghadiri kursus sehingga dibukti sihat. 

iii. Kegagalan peserta mengisytiharkan tahap kesihatan yang sebenar akan menyebabkan peserta ditamatkan latihan.

iv. Peserta perlu memaklumkan dengan segera ke ILP PASIR GUDANG sekiranya diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Peraturan ini juga terpakai kepada semua peserta KJP yang telah menamatkan kursus di ILP PASIR GUDANG.