MAKLUMAT KURSUS/AKTIVITI
: 0150
: BASIC VIDEO DSLR & BASIC VIDEO EDITING
: RM 100.00
: Awam
: Kursus Customised
: Teknologi Maklumat
: 18 Oct 2019
: 19 Oct 2019
: 16 jam

Sinopsis Kursus/Aktiviti

Kursus BASIC VIDEO DSLR & BASIC VIDEO EDITING ini dirangka khusus bagi menjalankan kursus jangka pendek terbuka untuk individu yang berminat untuk mempelajari teknik asas videografi lengkap. Sukatan pembelajaran kursus ini sesuai dengan trend semasa generasi kini yang meraih pendapatan melalui videografi seperti Youtuber dan lain-lain. Kursus ini dilihat dapat membuka jalan kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada Youtuber yang ada pada masa sekarang.

 

            Sukatan latihan ‘BASIC VIDEO DSLR & BASIC VIDEO EDITING’ telah disusun khas untuk mendapatkan keberkesanan pembelajaran dan latihan dalam kerja-kerja praktikal serta teori dalam masa 2 hari. Selain itu ia juga boleh menyemai minat peserta untuk menghasilkan lebih banyak kandungan kreatif berbentuk video sebagai hobi dari sudut menyampaikan maklumat dengan penggunaan populariti Internet. Kursus ini juga dilihat berpotensi menyediakan platform untuk peserta menjana pendapatan yang tinggi hanya dengan minat pada videografi.

 

            Oleh kerana kursus-kursus multimedia terutama videografi ini agak tinggi kosnya, BPSM ILP Pasir Gudang mengambil inisiatif menjalankan kursus asas ini sebagai pendedahan kepada para pelajar sekolah atau pun kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari teknik asas mengambil video menggunakan DSLR dan video editing menggunakan Adobe Premiere Pro.


Maklumat Penganjuran
: Kavitha Palaniappan
: Mohd Azri Fahmy Bin Hj. Azman
: HAFIZAH BINTI HARON

: MAKMAL KOMPUTER ICT 3
: ILP Pasir Gudang