Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Johor (ILPPG) adalah sebuah institut dibawah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia, menawarkan kursus kekompetenan penjaga jentera elektrik kepada individu yang berminat dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Sebagai sebuah institusi yang telah diberi pentauliahan oleh Suruhanjaya Tenaga, ILPPG menawarkan program separuh masa Modul Penyegerakkan Janakuasa Voltan Rendah bagi kategori A4 Kursus ini mengambil masa 5 minggu ( 80 jam) mengikut kategori yang ditetapkan .
Setiap pelajar yang LULUS TEORI & AMALI akan diberikan Sijil Penyertaan Modul Penyegerakkan Janakuasa Voltan Rendah yang dikeluarkan oleh ILP Pasir Gudang dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga .
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang mempunyai kelengkapan serta kemudahan latihan yang lengkap untuk latihan kejuruteraan dan pembangunan sumber manusia .