ADTEC Kampus Pasir Gudang adalah sebuah institut dibawah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia, menawarkan kursus kekompetenan penjaga jentera elektrik kepada individu yang berminat dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Sebagai sebuah institusi yang telah diberi pentauliahan oleh Suruhanjaya Tenaga.
ADTEC Kampus Pasir Gudang menawarkan program separuh masa Modul Talian Atas Voltan Rendah bagi kategori A4 Kursus ini mengambil masa 5 minggu ( 80 jam) mengikut kategori yang ditetapkan . Setiap pelajar yang LULUS TEORI & AMALI akan diberikan Sijil Penyertaan Modul Talian Atas Voltan Rendah yang dikeluarkan oleh ADTEC Kampus Pasir Gudang dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga .
ADTEC Kampus Pasir Gudang mempunyai kelengkapan serta kemudahan latihan yang lengkap untuk latihan kejuruteraan dan pembangunan sumber manusia .