Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta berkaitan pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan Papan Suis Utama Voltan Rendah mengikut piawaian dan peraturan keselamatan yang ditetapkan. Peserta akan didedahkan kepada fungsi, komponen dan konfigurasi Papan Suis Utama Voltan Rendah, termasuk peranti perlindungan dan kawalan. Kursus ini turut merangkumi prosedur pemasangan yang betul, kaedah pengujian bagi memastikan operasi sistem yang selamat dan berfungsi dengan baik, serta aktiviti penyelenggaraan berkala dan pembaikan asas. Penekanan turut diberikan kepada aspek keselamatan, pematuhan piawaian Suruhanjaya Tenaga dan amalan kerja selamat bagi menjamin kebolehpercayaan dan kecekapan sistem agihan elektrik voltan rendah.