Generasi muda pada zaman ini mempunyai akses kepada pelbagai jenis maklumat berkenaan teknologi komputer dan internet terutama dalam bidang robotik. Kursus asas robotik akan mendorong kanak-kanak dan remaja menghayati konsep STEM dalam persekitaran hands-on. Mereka belajar cara merancang dan membuat robot mereka sendiri dengan kreatif dan inovatif. Robotik menawarkan pengajaran untuk kanak-kanak dan remaja cara berfikir di luar kotak. Daripada kursus ini, mereka boleh mempelajari asas robotik untuk mencambah minat pada masa hadapan terhadap pembelajaran di IPTA/ILKA dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
Kursus ini terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah yang berumur 12 tahun ke bawah.
Tarikh perlaksanaan Kursus ini ada dijalankan pada :
SIRI 1/2023 - 29 MAY 2023
SIRI 2/2023 - 28 OGOS 2023
SIRI 3/2023 - 18 DISEMBER 2023